Agihan Zakat 2024 oleh Cybicom Sdn. Bhd. kepada Asnaf ILJTM Melaka 23 Mei 2024 | ADTEC JTM Kampus Selandar, Melaka
Selandar, Melaka โ Sempena Majlis Menandatangani Dokumen Kolaborasi antara Tatacara Sdn. Bhd. dan Advanced Technology Training Centre (ADTEC) JTM Kampus Selandar yang telah berlangsung pada 23 Mei 2024, satu sesi penyerahan agihan zakat telah diadakan dengan kerjasama syarikat Cybicom Sdn. Bhd. Melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini, Cybicom Sdn. Bhd. telah menyumbangkan agihan zakat bagi tahun 2024 kepada para pelajar Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Melaka yang tergolong dalam kategori asnaf. Penyerahan zakat ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyantuni pelajar-pelajar yang memerlukan serta menyokong kelangsungan pendidikan mereka. Tatacara Sdn. Bhd. merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cybicom Sdn. Bhd. atas keprihatinan dan komitmen dalam memperkasakan komuniti pendidikan melalui sumbangan yang amat bermakna ini.