KURSUS OCCUPATIONAL HEALTH AND SAFETY (OSH-C) COORDINATOR
Kursus ini dijalankan di Grand 3, Tingkat 10, Hotel Grand Continental Kuala Lumpur pada 26-28 Jun 2024. Seramai 26 peserta terdiri daripada pengajar ILKBS seluruh negara. Kursus ini adalah program latihan yang direka untuk memberikan pemahaman yang mendalam mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada peserta kursus. Matlamat kursus ini adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap risiko di tempat kerja, mengajar amalan terbaik dalam pengurusan keselamatan, dan memastikan bahawa persekitaran kerja mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan.


Kursus yang sangat baik untuk keselamatan dan kesihatan pekerja bagi di praktikkan di tempat kerja peserta kursus
Dicadangkan beri kursus kepada semua ketua jabatan dan pengurusan, Pensyarah berpengalaman dan mudah difahami
Kursus ini perlu dipanjangkan masa sebab banyak yang perlu diberi pendedahan. Mungkin nanti pihak bpkb dapat menghantar wakil supaya diseragamkan antara HQ Dan Institut. Terima kasih
Boleh di teruskan dan di perluaskan kepada semua pengajar ILKA dan Dapat meningkatkan pengetahuan tentang OSH-C